Thursday, August 5, 2010

1Malaysia 1Halal vs. 1Malaysia 1001Halal



Salam Ambang Ramadhan,

Awwalu kalam - tahniah bumi Johor kerana diberi peluang menjadi tuan rumah pelancaran kempen 1Malaysia 1Halal.

Kempen ini yang dinanti dengan penuh debaran turut mendebarkan hati NS. Doa NS agar ia berjaya dan harapan menggunung NS agar KONSEP HALAL 1Malaysia benar2 memenuhi tuntutan syariat dan seiring dengan KONSEP HALAL 1DUNIA.

Harapan lain yg NS dambakan ialah biarkan konsep 1Malaysia 1Halal diperluas bukan sekadar memfokus kepada prosedur halal haram makanan dan minuman bahkan dijelaskan hingga kepada konsep keHALALan seluruh cara hidup umat di Malaysia.

Terdapat 1001 macam konsep halal yg perlu diperjelaskan. Konsep Pakaian Halal, Perhubungan dan Pergaulan Halal, Hiburan Halal, Rezeki Halal, Percintaan Halal, Permusuhan Halal, Politik Halal, dan bermacam2 halal yg lain.

Semoga kempen 1Halal akan membawa kepada penerusan 1001Halal yang selanjutnya. Amin...ya Rabb!

~ns@moe

0 comments: