
...SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN...
Hadirmu dinanti, pergimu ditangisi
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menjengah masuk ke bulan Ramadhan. Moga2 setiap daripada kita menanti dengan penuh keterujaan dengan segala persiapan terbaik sempena "Bulan Mega Sale Ibadah" yang ditawarkan oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Pada usia 30-an begini sudah tentu NS sendiri mengimpikan pengisian Ramadhan 1431 kali ini dapat dipenuhkan dengan persembahan amalan yang terbaik. Pastinya azam untuk bertadarus, berqiayamullail, berusrah dan bersedekah sebanyak mungkin menjadi suatu yang telah disemat dalam hati ini.
NS juga pasti sahabat2 di luar sana menyimpan hasrat yang sama. Sesungguhnya yang terbaik di sisi Allah ialah yang paling tinggi nilai taqwanya. Mudah2an Allah menerima segala amalan kita dan kita dapat menjadi PEMBORONG pahala terawal dan terbanyak di bulan yang mulia ini.
Taqabbalahu minni wa minkum! Amin ya Rabbi!
0 comments:
Post a Comment