Thursday, September 23, 2010

Persekitaran Mempengaruhi Pemikiran

Bismillah wal hamdulillah.

Segala puji dan puja ke hadrat Allah taala yang masih mengurniakan akal dan kesihatan kepada diri bagi meneruskan abdi diri di bumiNya ini.

Seperti hari-hari sebelum ini, mood di tempat kerja masih dalam suasana hari raya. Esok dijangkakan ada satu lagi jemputan makan2 raya di satu cawangan BPKhas. Sabtu akan datang ini , sudah ada 3 jemputan open house yang telah diterima. Ahad setakat ini belum ada perancangan ke mana-mana. Mungkin akan difikirkan destinasi raya di sekitar Lembah Klang. Hajatnya nk ziarah rumah mak2 sedara, jiran2 tetangga dan rakan2 lama. Apa2pun semua perancangan kenalah melepasi kebenaran MyHubby dulu.

Dua tiga hari ini , NS asyik terfikir tentang pengajian sarjana yang tak dapat dihabiskan. Dua tiga hari ini jugalah asyik saja melayari laman web UKM, Uitm , dan segala macam U yang ada menawarkan kursus pengajian sarjana (esp. dengan kadar yuran terendah). Rutin harian di tempat kerja ditambah berita2 kurang menggembirakan untuk prospek tahun depan menjadikan NS terdesak untuk berfikir sesuatu yang baru untuk diusahakan dalam masa terdekat.

Apa jua aktiviti yang kita lakukan dan siapa jua yang kita temui sehari-hari sangat mempengaruhi minda kita dalam meneruskan kehidupan. Bagi golongan yang duduk dalam lingkungan kumpulan profesional, semestinya cara bekerja dan cara berfikir sedikit sebanyak akan dipengaruhi dengan cara kumpulan profesional yang mereka dampingi.

Sementara bagi golongan yang sering berurusan dengan kumpulan yang mengamalkan gaya hidup sederhana pasti cara kerja dan cara berfikir turut akan terkena tempiasnya. Maksud sederhana di sini ialah bekerja dengan semangat yang sederhana, berfikir dengan cara pemikiran sederhana dan mempunyai objektif hidup yang biasa2 dan tidak suka memaksa diri agar berada dalam suasana terbaik dalam apa saja pada tahap optimum. (Fahamkah?).

Bagi NS, persekitaran yang positif merupakan satu faktor yang baik bagi seseorang untuk memotivasi diri ke arah kehidupan yang lebih baik. Dalam apa jua status yang sedang dihadapi oleh seseorang persekitaran yang baik sama ada di rumah, tempat kerja, keluarga dan rakan-rakan akan memberi manfaat kepada diri individu dan mereka yang ada di sekelilingnya.

Jadinya, sekarang NS sedang mencari persekitaran yang lebih baik daripada sekarang. Cuma bila dan di mana nk kucari belum lagi ketemu.



Wallahu a'lam.

0 comments: