Dr. M ulas sistem kewangan baru
Dr. Mahathir Mohamad bersama Abdul Rahim Hamid (dua dari kiri) pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - bernama
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sistem kewangan baru perlu dirangka dan perlu bersandarkan kepada sesuatu yang mempunyai nilai sebenar umpamanya emas.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiadaan bahan sandaran sama ada dalam bentuk emas, logam berharga atau mata wang asing akan mengurangkan kredibiliti mata wang berkenaan.
"Dolar Amerika Syarikat (AS) misalnya tidak mempunyai sandaran langsung tetapi mata wang negara- negara lain termasuklah Ringgit Malaysia (RM) disandarkan dengan emas atau apa yang dipanggil sebagai mata wang nyata dalam bentuk rizab," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di sini hari ini. Hadir sama, Presiden Institut Akauntan Malaysia, Abdul Rahim Abdul Hamid.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, ketika semua orang tahu penyalahgunaan sistem perbankan telah menyebabkan krisis kewangan sebelum ini tetapi tiada siapa yang berusaha untuk menukar sistem sedia ada.
Katanya, pihak yang gembira dengan sistem sedia ada hanyalah peniaga mata wang yang mampu meraih keuntungan yang tinggi apabila mata wang menjadi tidak stabil.
"Bagaimanapun mereka ini tidak menyumbang apa-apa kepada kesejahteraan hidup orang lain, tiada pekerjaan, tiada barangan atau perkhidmatan dan tiada perniagaan yang menghasilkan sesuatu .
"Hakikatnya mereka berkembang maju di atas kesengsaraan orang lain dan kemuflisan individu, bank atau negara," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir menyeru para akauntan supaya memainkan peranan positif dengan memberitahu golongan yang 'kaya' itu supaya menghentikan penyalahgunaan sistem.
Katanya, golongan kaya yang menyebabkan krisis akibat tindak-tanduk mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sekarang adalah miskin kerana mencetak wang tidak akan membuatkan mereka kaya semula.
2 comments:
Salam kak lin..
hari tu ikrab ada buat wacana tentang kewangan islam..
pusing sana sini...konklusinya satu je..kena ubah perundangan negara..sbbnya nk buat apa2 perubahan pun tersekat kt undang2..
jd, sblm nk ubah undang2, apa yg perlu kita buat ya.. :D
Undang-undang di mana2 pun, sebenarnya sering didraf dengan pernyataan yang cukup umum dan pelaksanaan adalah atas pentafsiran yang dibuat oleh pelaksana.
Sama dengan Perlembagaan Malaysia, kalau menurut Prof. Aziz Bari pelaksanaan Islam sebenarnya boleh direalisasikan dengan harmoni tetapi penafsiran berdasarkan peruntukan perlembagaan yang sedia ada kn dibuat secara bijaksana.
Nak ubah undang2 ni.. kaklin rasa kita kn refer tuan loyar ..mungkin dia ada cadangan. :-)
Post a Comment