Tuesday, November 16, 2010

Penetapan Hari Raya Haji Samada Berdasarkan Wukuf Di Arafah Atau Berdasarkan Rukyah

Keputusan:
Penetapan Hari Raya Haji Samada Berdasarkan Wukuf
Di Arafah Ataupun Berdasarkan Rukyah Anak Bulan Dan Hisab

1. Majoriti ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bersetuju menerima kertas kerja yang ditulis oleh Dato" Alim Setia Ahmad bin Jusoh iaitu penetapan Hari Raya Haji mestilah mengikut waktu rukyah. Antara lain yang menjadi hujah kepada pendapat ini ialah:

i. Malaysia bukan sebuah negara yang sesuai untuk dirukyah anak bulan. Ini berdasarkan kepada kejayaan akademik yang telah dilakukan selama tiga tahun oleh Dato" Harun Din di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam tempoh itu hanya sekali sahaja anak bulan dapat dikesan.

ii. Hari Raya Haji merupakan Hari Raya khususnya yang bertanggungjawab menentukan ialah kerajaan Arab Saudi bukan kita.

iii. Tiada hujah yang mengadakan Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah tetapi sebenarnya selepas wukuf iaitu hari nahar.

2. Seorang Ahli Jawatankuasa Syariah tidak setuju dengan pendapat majoriti dan berpegang dengan fatwa kebangsaan.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/penetapan-hari-raya-haji-samada-berdasarkan-wukuf-di-arafah-atau-berdasarkan-rukyah-0

7 comments:

sis_aflah said...

Salam kak lin,

tak berapa paham la.. boleh kak lin huraikan skit? huhu

xara said...

salam kak lin

saya pun tak fahamla maksud ni

NilzaSaza said...

Huraian Tajuk/Isu:
Perbincangan kertas mesyuarat yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Perlis yang memohon perkenan Majlis Raja-Raja agar menukar kaedah penentuan Hari Raya "Idul Adha daripada kaedah berdasarkan Ru"yah dan Hisab Awal Bulan Zulhijjah kepada kaedah Hari Wukuf di Arafah.

Keputusan:
Jamaah Ulama" Majlis Agama Islam Kelantan bersetuju membuat keputusan seperti berikut :

1. Menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bahawa ketetapan Hari Raya "Idul Adha hendaklah mengikut kaedah Hari Wukuf di Arafah iaitu kaedah asal penentuan "Idul Adha yang dijalankan di Malaysia sebelum tahun 1993. Manakala kaedah penentuan "Idul Adha yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan Ru"yah dan Hisab Awal Bulan Zulhijjah.
2. Jamaah Ulama" juga bersetuju kertas kerja dari Majlis Agama Islam Perlis ini, juga dibincangkan dalam Mesyuarat Raja-Raja untuk kemaslahatan masyarakat.
3. Jamaah Ulama" juga akur kepada apa juga keputusan yang diputuskan oleh Majlis Raja-Raja dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung perkara di atas dan mengesyorkan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan di dalam media massa tentang asas-asas keputusan yang diputuskan tentang perkara di atas untuk mengelakan pandangan negatif dari masyarakat kepada institusi fatwa.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

NilzaSaza said...

Salam Sis Dialh n Suri,

Saja la kaklin surf cari fatwa2 rasmi berkenaan penetapan tarikh Eid Adha.

Memang kaedah di Malaysia guna kaedah tengok anak bulan = rukyah. Satu lagi kaedah , kaedah hisab. Tak studi detail tapi hisab mungkin berdasarkan hitungan dan kiraan berdasarkan bilangan hari bg stp bulan.

Mungkin ada ramai yg komen berkenaan perbezaan tarikh hari raya esp bila raya haji. Logiknya , Malaysia yg disebelah timur Arab Saudi sepatutnya raya lebih awal atau sama dgn Makkah dan kurang logik kalau tarikh disini terlambat drp sana.

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis mungkin dh lama perasan dan dah sediakan paperwork cadangan ttg kaedah penetapan berdasarkan wukuf.

Disokong oleh Kelantan, tapi kalau kita perati status fatwa masih belum difatwakan.

Mungkin hujjahnya, kalau raya haji sahaja kita standardkan , ia akan ganggu kalendar hijrah keseluruhan bg negara2 yg follow Arab Saudi.

Cuba g sini ->http://nurudin.jauhari.net/pro-kontra-idul-adha.jsp

Wallahu a'lam.

sis_aflah said...

salam kak lin,

oo baru la nampak jelas skit jalan yang tadinya berkabus..

mm..mmg keliru..setiap tahun mcm ni.. terutama soal boleh puasa ke tak pd hari arafah.. hari arafah pun dah tak sure bila, inikan pula puasa..huhu

kan pelik tu, kita yang di timur alih2 lewat sehari dari yang di barat.. padahal duduk atas bumi yg sama, berkongsi matahari yang satu..

psl kalendar hijrah tu, pada saya kan elok berubah sekali harung je drpd setiap tahun duk kena jwb soalan yg sama...huhu

apa pun, terima kasih kak lin..

ibnuyassir said...

Perbezaan Penetapan Hari Raya Aidil Adha 1431 H

http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/11/perbezaan-penetapan-hari-raya-aidil.html

Hilal Ahmar said...

Maaf, saya mencelah. Betul....M'sia ke Timur +08 jam, akan terima M'hari dulu dr Mekkah (Ka'bah) Longitude: 39d 49m 29.1s, akan melalui garisan +02.5 jam dr GMT. Ttp M'sia mengguna pakai Sistem Imkan al-Rukyah dr Resolusi Istanbul 1978.Resolusi ini telah memberi impak yang positif dalam penggunaan kaedah-kaedah saintifik sebagai asas penentuan awal bulan di Malaysia. Di antara resolusi persidangan tersebut ialah:
a) Hukum asal ialah melihat anak bulan, sama ada dengan mata atau menggunakan alat moden.
b) Menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan anak bulan dengan syarat anak bulan berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas matahari terbenam.
c) Bagi menentukan kemungkinan kebolehnampakkan anak bulan, dua syarat utama hendaklah dipenuhi, iaitu:
i) Kedudukan matahari dan bulan waktu matahari terbenam tidak kurang dari 8 darjah.
ii) Ketinggian (altitude) anak bulan ketika matahari terbenam tidak kurang dari 5 darjah.

Syarat kenampakan anak bulan ini atau dikenali sebagai Resolusi Istanbul (1978) telah menjadi asas pengubahsuaian takwim Hijri yang menggunakan jangkaan kenampakan anak bulan atau imkanur rukyah. Persidangan kedua Akademik Fikah Sedunia di Jeddah pada tahun 1986 telah membuat ketetapan yang hampir sama, iaitu permulaan awal bulan hijri hendaklah berdasarkan kepada rukyah dan hasil pengiraan astronomi yang menunjukkan bulan berada di atas ufuk dan boleh kelihatan. Mesyuarat penyelarasan rukyah dan takwim Islam di antara Indonesia, Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Malaysia pada 7-9 September 1992 telah menggunakan pendapat ulama’-ulama’ fikh yang muktabar bagi memperkukuhkan lagi konsep ‘anak bulan ada dan boleh kelihatan’.