Wednesday, February 23, 2011

NS : Rutin harian dan komen tentang perbezaan pandangan

Bismillah wal hamdulillah...

Pertama dan kesekian kalinya marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Maha Esa Allahu Subhanahu wa Taala yang telah mengurniakan Iman Islam dan hayat dikandung badan kita pada tika dan saat ini.

Syukur NS kerana masih diberi peluang untuk berkhidmat kepada negara, meskipun dalam suasana kegersangan bebanan tanggungjawab harian secara tetap. NS pun bukanlah mahu duduk dalam keadaan begini, bahkan meminta juga daripada penyelia-penyelia atasan kot2 ada tugasan yg boleh dibantu. Alhamdulillah, nampaknya setakat ini belum ada tugasan yang belum dilaksanakan. Semua telah berjaya disempurnakan. Mungkin menjelang pertengahan tahun nanti rutin kerja akan menjadi sibuk sedikit kot.

Buat masa ini, semua penyelia atasan sedang sibuk menyiapkan ABM atau Anggaran Belanja Mengurus tahunan bagi cawangan masing2 dan bahagian secara khususnya. Fokus harian buat masa ini sekadar membantu mereka mengkompil SKT-SKU dan memformatkan semula info ABM dalam helaian Excel supaya nampak lebih kemas.

Sementara mereka sibuk dengan ABM mereka, NS sekali sekala sibuk juga dengan ABM tahunan sendiri. Sekarang NS sedang berusaha mengumpul dana bagi membeli kereta baru yang buruk. Ada fahamkah? Baru diambil daripada seseorang (ibu mertua @ Mama), dan buruk sebab kereta Iswara tu didaftarkan pada tahun 2003. Dengan bayaran deposit RM2000 dan installment 510 selama 9 bulan, kini NS memiliki kereta sendiri dan mudah nk ke tempat kerja tanpa menyusahkan suami.

Menyusahkan suami dalam erti kata mengelakkan si dia terpaksa merempit dengan motorsikalnya ke mahkamah atau pejabat di USJ. Selama ini, NS sedap2 je bawa kereta sementara dia terpaksa berhujan dan berpanas ke sana sini. Kasihan sang peguam itu. Zalim sungguh NS ni kan? Hehe. Tapi kini tidak lagi.

Di kepala saya sekarang ada beberapa perkara yang sedang berlegar2 seperti helikopter membuat rondaan udara bagi melihat kelicinan trafik di lebuhraya semasa musim perayaan. Kenapa perkara tersebut berlegar, sudah semestinya ada penyebabnya. Tetapi hendak diringkaskan cerita, dalam hidup ini pasti ada ketikanya kita akan berlaga pandangan dan buah fikiran dengan orang lain. Pada pandangan NS, selagi mana perbezaan pandangan itu tidak menggagalkan misi baik yang boleh manfaat besar kepada org lain dalam jumlah terbanyak (ayat apakah ini?), makanya biarlah ia kekal sebagai pandangan peribadi. Mungkin pandangan peribadi itu terpesong, tetapi selagi mana kesan pandangan peribadi tersebut tidak menular dan memesongkan orang terbanyak sama, ia boleh ditegur , dikomen dan dilanyak dengan apa cara sekalipun. Akan tetapi usaha melanyak, mengomen dan menegur itu janganlah dibuat dengan kadar yang optimum sehingga menggunakan tenaga yang banyak, masa dan tempat yang pelbagai kerana ia hanyalah pandangan peribadi.

Usaha yang terbanyak perlulah ditumpukan mengukuhkan pandangan yang bukan peribadi. Mungkin juga orang yang berpandangan peribadi terpesong itu sebenarnya turutsama menjayakan dan melaksanakan keputusan2 yang menjadi pandangan bukan peribadi. Jadinya, isu pandangan peribadi orang itu seharusnya tidak patut menjadi isu lagi setelah dia terbabit dalam menjayakan pandangan tidak peribadi. Ada fahamkah?

Oklah, NS berhenti dulu sebab rasanya helikopter yang berlegar tadi sudah mahu mendarat. Biarlah kecelaruan yang seumpama trafik di jalanan dan lebuhraya meneruskan perjalanan. Asalkan helikopter telah diturunkan. Pemandunya perlu berehat dan mengambil ketenangan.

NS berehat dulu dan jika ada keperluan untuk meleraikan kekusutan dan helikopter perlu berlegar lagi, kita pertimbangkan kemudian.

Sudah2kan....

0 comments: