
Bismillah wal hamdulillah,
Bayangan hanyalah bayang-bayang. Meskipun ia hanya bayangan, ia tetap memerlukan jisim yang asal dan bentuk yang mahu diberikan bayang.
Bayangan sifatnya hanya bayang-bayang. Ia berdiri di belakang jirim yang teguh dan ia takkan mampu memberi apa2 kesan terhadap bentuk dan sifat asal benda yang dibayangkan. Bahkan Benda asal yang akan memberi rupa kepada bayang-bayang sama ada teguh, senget, besar, kecil dan sebagainya.
Apabila sesuatu benda masih belum wujud, manusia masih punya ruang dan masa serta akal untuk menentukan sifat dan bentuk benda. Kuasa bayangan boleh digunakan pada masa ini. Bayangkan dan berikan sifat dan bentuk yang terbaik. Maka nanti hasilnya jadilah suatu benda yang berupa dan bersifat terbaik. Baik lagi membaikkan.
Umpama satu himpunan org ramai. Sebenarnya upacara menghimpun orang ramai ini adalah upacara yang biasa. Selalu ada dianjurkan di mana-mana. Ada di Malaysia , malah ada juga di luar negara. Makanya, janganlah himpunan orang ramai yang belum diadakan diberikan sifat dan rupa yang tidak baik. Nanti jadinya tidak baik. Kuasa bayangan boleh digunakan untuk membayangkan keharmonian, kelancaran, kesatuan , kekuatan, kesamarataan, keadilan, penunjukkan kasih sayang dan banyak lagi sifat yang boleh dirupakan pada bayangan.
Letakkan tajuk yang baik seperti "BERSIH", "AMAN", "ADIL" maka isilah bayangan yang selari dengan himpunan orang ramai tersebut. Makanya nanti pasti suasana yang dihasratkan menjadi kenyataan.
Jadinya, jika benda belum berlaku , jangan dibayangkan yang bukan-bukan. Nanti jadi orang yang dikatakan "Gila Bayang".
Komen untuk artikel ini : http://www.pribumiperkasa.com/?p=5829
0 comments:
Post a Comment