
Salam semua,
Sekadar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1433H. Mudah-mudahan tahun hadapan lebih baik daripada tahun ini.
Sempena cuti Isnin nanti, saya sekadar ingin berkongsi beberapa amalan yang boleh diamalkan :
1- Membaca doa akhir dan awal tahun.
Meskipun ada pendapat yang mengatakan perbuatan ini bidaah, bagaimanapun amalan berdoa adalah perkara sunnah yang boleh kita amalkan. Adapun perbuatan meluangkan sedikit masa selepas waktu Asar pada hari cuti Ahad bersama keluarga mahupun seorang diri di akhir tahun 1432 Hijrah mungkin boleh digunakan untuk sesi muhasabah sebelum kita melangkah ke tahun baru, insyaAllah.
2. Menghadiri majlis-majlis keraian yang diisi dengan perkara-perkara kebaikan pada cuti 1 Muharam
Seperti kebiasaan banyak agensi yang mengadakan majlis sambutan dengan upacara perarakan, selawat, penyampaian hadiah tokoh dan sebagainya. Bagi yang tidak berkesempatan, marilah kita sama-sama mengambil semangat penghjrahan Nabi bersama para sahabat dengan mengisi hari cuti dengan apa-apa sahaja perkara2 sunnah yang disukai Nabi. InsyaAllah apabila kita niatkan dalam hati , maka sepanjang hari cuti 1 Muharam akan bermanfaat dan mendapat keredhaan Allah Taala.
3. Membuat catatan peribadi terhadap pencapaian kendiri khususnya berkaitan dengan peningkatan amal yang mahu dicapai pada tahun baru
Bermulalah dengan azam-azam yang kecil. Contohnya, memperbanyakkan senyuman, membaca tasbih sebanyak 10 kali sebelum mula bekerja, memberi salam kepada sesiapa yang ditemui di pejabat, menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu (contoh Bicara Wahyu KPM) sebulan sekali, menutup aurat dengan sempurna dan lain-lain. Jika boleh berazam dengan amal yang lebih besar itu adalah yang paling baik. Namun Nabi Muhammad berpesan : Sebaik-baik amalan ialah yang yang sedikit tetapi berterusan. Justeru, mari beramal!
4. Berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam (5 dan 6 Disember 2011)
Bagi sesiapa yang tidak uzur, sama-samalah kita raikan sambutan bulan Muharam dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharam seperti mana yang digalakkan oleh Rasulullah. Inilah cara sambutan Nabi yang diriwayatkan dalam hadith. 10 Muharam adalah hari yang istimewa kerana banyak peristiwa besar berlaku pada tarikh tersebut. Rajin-rajinlah 'google' untuk tahu peristiwa-peristiwa menarik pada tarikh tersebut.
Semoga ada manfaat!
0 comments:
Post a Comment