Bismillah walhamdulillah ...
Pagi semalam NS dikejutkan dengan panggilan daripada seorang sahabat karib di Johor yang ingin bertanya tentang "Hukum Wanita Haid masuk Masjid".
NS seterusnya memberikan ulasan spontan bahawa kebanyakan pendapat ulama yang NS tahu tidak membenarkan berdasarkan beberapa hadith yang masyhur. bagaimanapun, NS berjanji dengannya utk mencari dalil-dalil yang tepat utk dipegang supaya tidak timbul ragu. Ini kerana dia sangat berhajat untuk pergi ke masjid kampungnya (Parit Kudus, Pontian, Johor) kerana pagi itu ada sesi kuliah dhuha yang akan disampaikan oleh salah seorang finalis program realiti Astro - Ustazah Pilihan.
Oleh kerana beliau sangat berhajat utk mengetahui perbincangan mengenai masalah ini sebelum pukul 9.00 pagi semalam, maka NS pun berusahalah mencari sumber-sumber yang diyakini boleh dipegang sebagai hujah berkaitan masalah tersebut.
Hasil yang NS perolehi
Awalnya NS mendapat satu laman perbincangan di web Ust HafizFirdaus. Mengambil masa dalam 10-15 minit untuk membacanya, NS rasa berpuashati dengan huraian yang dibentangkan.
Baca di sini
Walau bagaimanapun, NS merasakan perlu untuk mencari pengukuhan daripada tokoh yang lebih dipercayai di peringkat antarabangsa. Maka NS terjumpa satu forum yang menyebut pendapat Syeikh Mustafa Al Adawi yang menulis kitab Jami' Ahkamin Nisa'.
Baca di sini
Oleh kerana NS tidak kenal dengan syeikh ini (kerana ketidak rajinan membaca.. malunya), maka NS cuba menggali latar belakang syeikh dan mendapati dia merupakan seorang tokoh ulama Mesir yang banyak menulis dan dikatakan kuliah tafsirnya menarik ala kuliah tafsir Dr. Hj Zahazan jika di Mlaysia ini.
Untuk memantapkan lagi keyakinan NS berkenaan hujah-hujah dan pendapat ulama berkenaan hukum wanita masuk masjid ketika haid, NS cuba mendapatkan maklumat daripada Syeikhul Kabeer, mujtahid masakini Dr. Yusof al Qaradhawi.
Terjumpa berkenaan fatwa terbaru yang dikatakan dikeluarkan oleh Syeikh di dalam perbincangan di sini di mana Syeikh Yusof Qaradhawi menarik balik larangan tersebut bahkan membolehkannya.
Konklusi
Berdasarkan pembacaan, NS simpulkan bahawa kebanyakan ulama bersetuju bahawa :
1. Hadis Umm Salamah yang digunakan untuk menyatakan larangan wanita haid memasuki masjid terdapat salah seorang rawi yang meriwayatkan hadith tersebut disifatkan sebagai perawi yang lemah (dha'if). Beliau adalah Jasrah binti Dajaajah.
Rujukan :
Sunan Ibn Majah, Kitab al-Thaharah wa Sunaniha, Bab berkenaan tegahan (wanita yang didatangi) haid dari masjid, hadis no: 645,
2. Banyak pendapat yang mengemukakan kisah seorang hamba sahaya yang berkulit hitam yang tinggal di dalam masjid untuk beberapa masa yang lama tanpa di halang oleh Rasulullah.
Rujukan :
Shahih al-Bukhari, Kitab al-Solat, Bab wanita yang tidur di dalam masjid, hadis no: 439
3. Hadis Umm ‘Athiyah
Bagaimanapun, yang banyak dibahaskan ialah istilah musholla yang disebutkan Nabi pada ketika itu lebih merujuk kepada padang dan bukan tempat solat yang khusus (masjid).
Rujukan:
Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedain, Bab wanita haid tidak hadir di musholla, hadis no: 981,
4. Ayat 43 Surah al-Nisa’
Ayat ini dibahaskan dalam pada kaedah qiyas yang digunakan ke atas masalah junub dan haid. Sedangkan keadaan junub dan haid itu secara nature tidak sama iaitu orang yang berjunub boleh menjadi suci sejurus selepas ia mandi manakala orang yang haid tidak ada pilihan untuk terus bersuci kecuali setelah haidnya berhenti.
Baca di sini
Selepas berpuashati dengan carian yang NS lakukan, lantas NS hubungi semula sahabat tersebut dan memaklumkan padanya.
Hari ini, NS ada terjumpa beberapa pandangan2 lain yang boleh digunakan bersama sebagai dalil berkaitan hukum wanita haid masuk ke masjid.
Sila kunjungi :
1. Forum di Halaqah.net di sini : Sila klik
2. E-Fatwa Online : Sila klik
3. Koleksi Soal Jawab Agama : Sila klik
Justeru berdasarkan sumber-sumber yang ada, mudah2an Muslimah semua dapat mengambil pendapat yang diyakini untuk kemaslahatan diri masing-masing.
Wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment