Wednesday, October 21, 2009

Dunia! Saksikanlah...




PASIR MAS 20 Okt. - Orang ramai dan warga Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di sini hari ini gempar apabila kejadian 'sejadah berdiri' seperti yang dilaporkan di beberapa tempat termasuk di Bukit Mertajam pada 2 Oktober lalu, kini berlaku pula di surau sekolah berkenaan.

Jika sebelum ini hanya sehelai yang didakwa berdiri tetapi kali ini sebanyak 35 helai sejadah dilihat berdiri mengikut saf iaitu 15 helai di ruang solat lelaki dan 19 helai di ruang solat wanita dengan sehelai daripadanya berada di bahagian hadapan seolah-olah mengimamkan solat.

Kejadian disedari pada pukul 10.55 pagi oleh seorang murid tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang mengikuti kelas pemulihan di pondok berdekatan, ternampak sesuatu yang ganjil melalui celah pintu cermin surau berkenaan lalu memberitahu kawan-kawan dan mereka memaklumkan kepada guru.

lanjut : Utusan Online






MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu

lanjut : Kosmo! Online

Bingkisan dari BPKhas, Putrajaya

Bismillah walhamdulillah

Segala puji dan puja bagi Allah Tuhan Penguasa Sekelian Alam. Sembah syukur yang berpanjangan ini kurafa'kan ke hadraMu , mudah2an diberkati urusan hidup selama mana hayatku dikandung badan.

Diam tak diam, sudah 5 bulan NS menumpang teduh di E2,kantor BPKhas Putrajaya ini. Selama itu, telah ramai kawan2 baru yg dikenali hati budi dan sama2 berkongsi cerita ceriti hidup sementelah perkenalan ini.

Disini kami digelar pekerja2 PRE - iaitu pekerja Pakej Rangsangan Ekonomi. Terkadang digelar 'pekerja Rangsang' oleh beberapa pegawai senior yg gemar berseloka. Apapun panggilannya, kami redha saja dan memahami bahawa pemukiman ini mungkin bersifat sementara sahaja. Sehingga saat ini, difahamkan hanya akan diperlukan sehingga Disember 2009 ini sahaja.

Dalam masa sebulan ini jugalah, NS telah menghadiri 2 sesi temuduga dan 1 ujian bertulis serta 1 ujian penilaian kendiri (assessment). Yang akan datang, jika ada peluang mungkin ada satu lagi temuduga. Harapan demi harapan yang mendatang dan pergi sudah jadi satu perkara yang lali bg diri.

Bohong kalau dikatakan setiap kali 'berita kegagalan' sampai rasa kecewa tiada. Tetapi, satu azimat yg NS rasa syukur masih ada - ialah kepercayaan dan keyakinan yang tetap teguh di hati bahawa urusan rezeki ini sekali-kali bukanlah milik kita. Tugas kita selaku hamba ialah berusaha dan hak memberi hanya-sanya milik Yang Esa.

Juga 'berita' mengenai si kecil yang bakal lahir turut membadai jiwa. Alhamdulillah, Allah berikan sahabat2, saudara-mara dan suami yg memahami serta sentiasa mengingatkan bahawa hidup dan mati ini urusan Allah Taala jua. NS mohon semua agar doakanlah agar si kecil NS nanti diberikan tempat terbaik di sisi Allah dan menjadi pembantu kepada kami suami isteri serta adik beradiknya yg lain untuk mudah laluan ke syurga. Amin.

Sekian dulu. Sebelum menamatkan kalam NS ucapkan terima kasih buat Hada KUO, Ida KUO , Farhana FTSM/KUO dan adik2 Baitul Oren yng masih mengingati diri ini dalam sibuk menyambut hari raya baru2 ini. Didoakan agar hati2 kita terus diikat dengan ikatan Mahabbah Fillah sehingga akhir hayat nanti. Buat Zu Jakim E2, tahniah atas kelahiran putera pertama. Juga buat teman2 lain, mungkin dedikasi khas buat kalian di posting akan datang pula.

Semoga semangat ibadah di bulan Ramadhan masih diperteguh sentiasa. Ilal liqa'.

Ikhlas
~ns@E2

Wednesday, September 9, 2009

Keluarga Besar NS



Keluarga besar Tuan Haji Sarun dan Hajjah Zaharah

Friday, August 28, 2009

Anak2 demam dan Anniversary ke 5



Check-up Solehah di AzZahra Bangi - 17/8/2008



Check-up Husna dan Solehah di Hosp Serdang - saringan H1N1 - Negatif - Alhamdulillah!



Kek Ulangtahun Perkahwinan ke 5 - 22 Ogos 2009. Terima kasih Abbi Murabbi!

"Ya Allah! Peliharalah keluarga kami. Ampunilah kami."

Thursday, July 23, 2009

Memahami Budaya dan Syara'

KEMATIAN misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor yang membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang olah PR Perak, ada pihak-pihak yang tidak faham mempertikaikan tindakan DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Drs.Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong selaku Ketua Penerangan PAS Perak.
Pertikaikan tindakan mereka yang hadir di majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang, kononnya bercanggah dengan ajaran Islam. Drs.Khalil Idham Lim, kebetulan seorang Cina Islam rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebut seperti yang disiarkan akhbar Sinar Harian berbunyi...

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam. Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan jawapan dari Drs.Khalil Idham Lim...
"...dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-
1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 Julai, bertempat di wisma DAP Ipoh . Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China . Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang Hari Raya Puasa atau Haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan di luar (saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoalkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat. Allahu Alam...."Dipetik dari kenyataan media beliau pada 20 Julai 2009, semalam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya isu ini dipanjangkan oleh puak-puak UMNO & 'kuda kepang'nya nak tunjuk mereka lebih Islam dari PAS dan PK. Tapi sebenarnya mendedahkan kefahaman Islam mereka yang kolot, lari dari kenyataan dan ketinggalan zaman.. Kokoknya saja berderai-derai punggung bergelumang ..... (2MA)Posted by Ibnu Hasyim at 2:54 PM